CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 30, 2011

tanda2 dy bsan an ktew an....~

#1 Tanda si Dia Bosan dengan Anda

Apabila anda cuba untuk menghubunginya melalui kemudahan SMS atau telefon, si Dia 

akan mengambil masa yang amat panjang untuk membuat balasan atau menjawab 

panggilan anda. Sekiranya dia membalas, anda pasti akan terasa hampa atau marah 

dengan jawapannya yang ringkas dan sedikit pun tidak menyakinkan anda seperti “Ok” 

atau sekadar “K” kepada soalan anda. Rasionalnya, dia mungkin benar-benar sibuk atau 

cuba untuk mengalihkan tumpuan anda kepadanya. Walau sesibuk mana, apakah perlu 

menunjukkan bahawa diri anda terlalu sibuk sehingga timbul syak wasangka bahawa 

anda sebenarnya buat-buat sibuk?

#2 Tanda si Dia Bosan dengan Anda

Lebih teruk daripada lambat membuat sahutan atau membalas SMS anda, si Dia kadang-

kadang cuba melarikan diri dengan langsung tidak membenarkan anda untuk berhubung 

dengannya. Mungkin dengan cara mengabaikan panggilan anda atau mematikan 

panggilan anda. Sekali lagi, apabila begitu kerap anda menghubunginya, dia akan 

menjawab dengan jawapan yang tidak meyakinkan atau memberitahu bahawa dia

sedang sibuk atau bateri telefonnya lemah.

#3 Tanda si Dia Bosan dengan Anda

Apabila tiba tarikh istimewa anda seperti ulangtahun ketiga anda sebagai pasangan 

kekasih, si Dia langsung tidak mengingatinya. Dan bila anda membuat ucapan 

penghargaan kepadanya, dia tersentak dan memberi alasan yang bukan-bukan seperti 

“Saya tidak lupa, cuma menanti anda membuat ucapan terlebih dahulu, romantik kan?”

#4 Tanda si Dia Bosan dengan Anda

Semasa anda cuba untuk bertentang mata dengannya, dia akan cuba 100% untuk 

mengalihkan perhatian anda kepadanya. Seribu satu alasan dicari untuk membuatkan 

anda berhenti daripada memerhatikan gerak gerinya. Cara dia bercakap, cara dia bekerja 

juga sama sekali berbeza dengan cara sepertimana mula-mula anda kenal dia dahulu.

 #5 Tanda si Dia Bosan dengan Anda

 Sebelum ini, setiap apa perlakuan anda akan dibalas dengan kata-kata manis, kini tidak 

lagi. Tiada lagi “Awak pandai”, “Awak comel”, “Sayang hebat”, ataupun “Terima kasih, 

sayang” selepas anda melakukan sesuatu. Rasanya seperti dia tidak lagi menghargai 

perlakuan anda kepadanya.

 Cukup 5? Sebenarnya tanda bosan terhadap akan jelas kelihatan apabila “Dia tidak 

seperti dulu” atau “Dia telah berubah”. Jika anda sedar bahawa perubahannya membawa 

kepada keresahan dalam diri anda, maka sedarlah bahawa dia telah bosan dengan anda. 

Jadi, cuba untuk berbincang tentang hal ini. Jelaskan bahawa anda terasa seperti 

ditinggalkan dan berilah peluang kepadanya untuk berubah. Selepas diberi peluang dan 

masih tidak ada perubahan, maka — tamatkan. Jangan seksa diri anda dengan pagar besi 

ciptaan anda sendiri. Usah berikan hati pada siapa yang tidak pandai menghargainya...

^_~

hu3...~


daa.....~

0 comments: